RSS

Angka 23 utk HasNiLa :)

Alhamdulillah... pd 01/11/2010 aku telah berada di bumi Allah SWT ini selama 23 thn. Selama itu & sekarang aku masih menghirup nyamannya udara hasil fotosintesis tumbuh-tumbuhan, masih melihat cantiknya matahari terbit dr ufuk timur, masih menghayati damainya malam ditemani bulan & bintang, masih menikmati tenangnya lautan yg luas, masih mengecapi bahagianya kasih sayang keluarga & aku masih lg mampu mengucapkan syukur kpdNya kerana masih dikurniakan nikmat Islam & iman. TERIMA KASIH, YA ALLAH!

Spt thn2 sebelumnya, aku akn mencongak2 ttg target2 yg telah aku buat. Alhamdulillah, setakat ni banyak target yg telah tercapai. Tapi aku akan tetap mengejar target2 yg belum direalisasikan lg. "All the best, Hasnila!". :)




******************************


Bercakap pasal birthday kali ni, aku x mcm thn lepas...agak demanding. Thn lepas asyik merengek nak birthday cake dr Ibu & Ayah. Sampai diorg naik muak. Mau x nya, seminggu sebelum birthday, aku dh demand nk cake. Waktu tu aku final sem kat PUO. Kebetulan birthday thn lepas jatuhnya hari Ahad. So, kononnya nak balik weekends kat rumah. Tapi disebabkan aku tgh dlm usaha menyiapkan final project, makanya terpaksalah pendamkan dulu niat tu. Agak2 korg sedih x kalau korg kat tempat aku? Aku? SEDIH LA...

Hurm, korg de terpikir x, kenapa la nak kena ade birthday cake time birthday kan? Sebenarnya xde apa sangat. Tapi pada aku & keluarga, birthday cake tu sebagai simbolik betapa ahli keluarga yg lain menghargai & sayang kat birthday girl/boy tu. Selalunya ktorg akan buat special dinner utk hari tu. Lepas tu, sorg2 akan wish kat birthday girl/boy disamping mendoakan utk Si yg dirai. Nama pon special dinner kan? So, ada macam2 makanan yg terhidang & of course with lovely birthday cake. (",)

Sebagai yg dirai td tu dah tentu rasa sangat dihargai & dikasihi. Kan?

Xde hadiah pon xpe...Tapi kalau ada, "Saya terima dgn senang hati".

Alhamdulillah..ktorg sekeluarga sangat alert dgn tarikh2 penting macam tu. Siap masing2 buat alarm kat handphone. Kalendar rumah aku pulak xpayah cakap la. Siap bulat besar2 lepas tu tulis nama kat situ (selalunya kerja adik kecik aku, si Ina).

Pernah birthday Ina yg lepas, aku lupa wish kat dia. Nak tau apa jadi? Malam tu jugak aku dapat panggilan dr Ibu, complete dgn kutbah. (".)

Bukan aku xbuat alarm atau aku xingat k...Cumanya aku kelam kabut hari tu compile assignment. Tu la, sape suruh aku delay utk wish awal2. Kan dah kena tembakan berdas2 dr Kapten Ibu. :D





# Simboliknya sebuah penghargaan & kasih sayang



******************************



Sebenarnya, dlm mendemand nak birthday cake...aku dapat TIGA birthday cake thn lepas. Jangan x caya u! heheh... Satu dr keluarga, satu dr sahabat2 cari gaduh (k.Huda, Mila, Din, a.Dzarul) & satu lg dr adik2 exco (JPK, PUO). Sangat TERHARU & GEMBIRA walaupon masing2 dgn style kejutan tersendiri. Really miss that wonderful momment!

Birthday kali ni belum celebrate lg. InsyaAllah akan celebrate Raya Haji ni.

Di sini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kpd sahabat2 yg wish my birthday yg lepas. X kira dr sms, mms, call mahupon kat FB. Terima kasih atas ucapan & juga doanya.



"Tiada rasa susah pada hati yang saling berkasih sayang"




* Sebenarnya x payah demand2 nak birthday cake. Confirm dapat punye tiap2 thn. Of course dr keluarga tercinta.

* Terima kasih kpd Onni atas percikan bunga api yg cantik & meriah tu. ;)

* Buat Mila, thn ni ude 23 la...bkn 32.huhuh...

* Utk Andak, Ude rindu dgn lakonan kamu yg mantop tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kapal

Hari ni aku balik dr kuliah dgn langkah longlai sambil menyayi dlm hati lagu 'Ketika Cinta Bertasbih'. Saat tu, fikiran aku merewang ke Taman Syurga Cinta yg aku cipta sendiri. Menyanyi riang sambil ditemani putera idaman. Ya Allah, alangkah bahagianya aku.
Ok. Enough Hasnila. Stop dreaming! Pakwe pon xde, putera idaman konon... :D

Aku dgn semena-menanya tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepala. Mesti budak yg dok kt sebelah aku td dlm bas td kata "Gilo po dak nih? Sengeh sorg2..."
Hahah..biar la. Asal aku happy. Ye x?

Aku malas makan lunch hari ni. Saje, xde mood nk makan pon. Aku terus balik bilik.

Eh, ada rambutan la...Apa lg? Aku bedal sampai 10 biji ada kot. Sambil2 tu aku tgk keliling. Apa lg yg aku kne settlekan sebelum aku mulakan aktiviti wajibku ya? Lantai...cun lg. Aku dh sapu semalam. Cadar & sampul bantal...baru ditukar pagi td. Atas meja...semua dh disusun rapi. Hurm, apa lg?

Tiba2 mata aku terpandang baldi merah. Mak aii...dh penuh kot! Terpaksalah aku mencucinya 'hari ni' jugak. - Saje aku tekankan 'hari ni' sebab nanti takut aku delaykan lg jadual mencucinya. Tapi sekali lg....MALASNYA! "Ha, senang2 aku mesinkan je la". Bagus x idea tu? Aku mula menyelongkar duit syiling 50 sen dlm beg duitku & cukupkan sampai 3 ringgit. Nasib baik ada. Kalau x...terpaksalah aku memerah keringat mencucinya secara manual. ;)

Dan tiba2 jugak (bape banyak tiba2 la aku ni) handphone aku berdering. Nombor x dikenali. Dr Perak.

"Hello. Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam. Kakak, yg Ina punya borang permohonan SBP tu dh isi ke?"

Kakak? Borang permohonan SBP? Sapekah?

"Ayah ek?"

"Ye la..ayah ni. Ingat Iqram Dinzly ke?"

Terburai gelak aku kat situ jugak. Teringat kat perbincangan aku dgn ibu tempoh hari.

******************************



"Ibu x nak yg mcm Iqram Dinzly. Ibu nk yg biasa2 je. Asalkan ada agama, bertanggungjawab & penyayang"

Speechless. Tapi dlm hati..."Yeehaa..dpt green light!" Senget.

******************************



"Oh yg tu sume dh settle dh, yah. Tinggal nk print je..."

"Ha...pe lg printkan la"

"Camne nak printkan? Nak bagi lg. Kitorg balik lg 2 minggu. Borang ni kene submit sebelum 15 Oktober"

"Kalau mcm tu send kat ayah. Nanti ayah printkan"

"Ok. Ayah online YM tau. Org bagi sekarang"

"Alamak! Mcm mana ye?"

Alamatnya terpaksalah aku buka kelas tuisyen dlm handphone ni. Masuk ni dh 4 kali kot aku ajar ayah guna YM. Ayah...ayah...(sambil geleng kepala). Kalau bab2 komputer ni lemah sikit. Cuba tanya bab kapal. Maksud aku enjin kapal. Hebat!

******************************



Kapal? Sangat merinduinya. Dh lama aku x tengok kapal. Kalau la aku boleh apply jadi kelasi kapal...haish!

"Has, kalau ada dolfin nanti, saya akan jerit nama Has kuat2 ye..."

"Tanda penghormatan saya kt Has yg suke belayar"

Wah, sangat terharu! At least ada jugak org yg tengah belayar ingat kat aku. Cewah!

Di PUO dulu, ramai jugak student perkapalan yg aku kenal. Aku kenal dgn diorg pon waktu aku sem 6. Itu pon waktu aku join JPP PUO. Antaranya, a.Dzarul (exco Biro Jabatan Kejuruteraan Perkapalan) & Din (NYDP I).

Pada aku, diorg sgt komited dgn kerja. Paling penting, bila bersembang, ada je input yg berguna dikongsi bersama. Tapi once dh masuk air...memang basah la. Biasa la budak2 nakal yg penuh dgn misi. Bak kata aku & a.Dzarul... "Eh, ni rahsia kitorg. Mana boleh bgtau". ;)

Rindunya dgn diorg! Selain sahabat2 yg lain (k.Huda, Hayus, Mila & Khairul) diorg banyak bagi support pada waktu2 aku diuji Sang Pencipta....Eh, sori korg! Aku ter-emo.huhuh.....

Alhamdulillah...a.Dzarul & Din sekarang ni dh 5 bulan diorg bekerja di lautan yg luas. Itulah cita2 diorg - Marine Engineer. Oh ya! aku paling suka baca motto JKP.




# Aku paling suka yg "Excellent in my profession is my goal"


Sebenarnya kalau aku rasa sedih, aku suka tengok kapal & laut. That` s why ada kapal 'dekat' dgn aku sekarang ni. X caya?




# Nampak x?



# Close up sikit...Ha..sekarang nampak x? ;)


* Ayah aku bekas anggota TLDM yg sgt memahami & penyayang.

*Semoga aku cepat bertemu dgn 'Fahriku'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Raya Aidilfitri 2010


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Rasanya belum terlambat utk mengucapkannya. Bak kata org, "raya kan sebulan..!" - Mentang-mentang puasa sebulan, raya pon nk sebulan. Sabar je la... :D

Setiap individu & pd setiap tempat pasti sambutannya berbeza. Paling penting ia disambut dgn hati yg gembira. Tahun ini, kami sekeluarga menyambutnya dgn sederhana. Walaupun x balik ke kampung di Segamat, Johor (sbb Hadiana & Ina bakal menduduki SPM & UPSR) tapi kami bersyukur kerana masih berpeluang menyambutnya dgn gembira di rumah (Seri Manjung, Perak).

Menyentuh ttg persiapan raya tahun ni, sgt menyeronokkan. Sehari sebelum raya, semua kerja telah dibereskan. Ibuku yg mulakan kerjanya dulu. Seminggu sebelum puasa, dia dh mula menjahit baju2 raya kami sekeluarga ('baju2 raya' - kalau seorg ada 5 pasang, kami semuanya ada 6 org ; baju Melayu ayah & Asrul ada sepasang je. Kira la sendiri ye. X menang tangan ibu aku menjahitnya). Aku pula, sebelum ni kontrak pd tiap2 tahun utk cuci semua tingkap (termasuk sliding door) membahagikan tugasku kpd adkku, Asrul (alasannya, takut sakit kepalaku menyerang. Nanti sape yg susah? Ibu juga...sbb org kuatnya dh 'tumbang'.heheh...). Langsir raya pula siap digantung pd 28 Ramadhan.

Oh,yg paling penting, semua biskut & kerepek raya tahun ni ada 'sentuhan Hasnila'. Selalunya aku sibuk kemas rumah. Kali ni tiba2 je nk menyibuk buat biskut raya. X mau aku bila disuruh mak mertua buat biskut raya & jawapannya adalah - "Tak tau..". Semestinya aku akn mengelakkan dr memberikan jawapan spt tu. Kalau x tau buat sepenuhnya, at least aku dh ada basicnya. Thanks to my ibu atas tunjuk ajarnya! (Aku rasa mcm statement aku ni desprate sgt. - Mak mertua? :D)


#Ibu & Ayah


Spt biasa, aku akn kemas rumah - kilatkan semua perabot, hilangkan semua habuk yg ada pd setiap hiasan & tukar cadar pd setiap bilik. Biar semuanya nampak mood raya. Thanks juga kpd adk2ku, Hadiana & Ina kerana menjadi runnerku yg sgt rajin. Ayah & Asrul, kemas bahagian luar rumah, juga penyeri rumah sbg pengacau ibuku yg kadang kala melatah. ;)

Bercerita pula ttg hidangan pagi raya...Kali ini, ada masak lodeh, sambal sotong, ayam masak lemak cili api, nasi himpit, serunding daging & rendang kokos (betul ke ejaannya ye? Bantai la...kata ibu, resipinya diambil dr Cik Ju Nizam - rendang org Sabah). Simple kn? Semuanya dibuat secara gotong-royong di pagi raya bermula jam 5 pagi.


Pagi raya, selepas solat sunat Aidilfitri, kami makan bersama. Boleh bayangkan x, kami ada 6 org tapi meriahnya mcm ada 60 org? Sebenarnya nk menggambarkan yg kami ni seronok menyambut hari raya walaupun x bersama keluarga besar. Tradisi 'mengunjung' ke rumah jiran yg dekat juga x dilupakan. Kali ni mengunjung ke 2 buah rumah je. Yg lain? Balik kampung la...huhuh..


# Ina, a.Asrul, k.Has, k.Diana


Raya ni, aku sempat ke rumah Cik Jamil, Cik Eaim, Cik Eal & Uncle Jasan. Semua undangan ke open house yg lain2nya x sempat aku kunjungi sbb dh balik ke Penang. Jadinya, seminggu di Penang asyik teringat nk beraya je..

Ape pun, semoga raya kali ini disambut dgn penuh kesyukuran.

Maaf zahir & batin. :)


* 'Mengunjung' bermaksud bertukar2 makanan. Aku x sure ni bahasa dr negeri mana. Mungkin dr Johor sbb asal usul keluarga kami dr Johor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Universiti Sains Malaysia

Salam Lebaran semua...

Maaf, sudah lama sunyi blog ini. Kesibukan yg agak menyesakkan fikiran akhir2 ini juga, perasaan yg cuba utk bertahan di tempat yg baru membuatkan aku agak malas untuk menulis walaupun banyak bahan yg ingin dikongsikan bersama.

Sebenarnya, permohonanku utk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) dlm Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer telah berjaya. Alhamdulillah...berkat doa & dorongan ibu, ayah dan adik2 juga sahabat2 telah membawa aku ke sini juga akhirnya.


USM, dengan mottonya 'Kami Memimpin' juga visinya 'Transformasi Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok' membuatkan aku excited utk melangkah ke 'menara' ini. Mengharungi detik2 sbg seorang pelajar dgn menyulami suka duka di sini pastinya akan memberi kenangan yg indah suatu hari nanti.

Adikku, Asrul juga di sini. Bezanya, aku di Kampus Induk & dia di Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal). So, dgn secara rasminya dia jd tempat rujukanku & driverku yg baik hati ;) Thanks a lot to him!

Pada minggu kedua (30/07 ~ 01/08/2010), aku & semua pejalar baru telah menjalani satu kursus PIMPIN Siswa Siri 4. Aku telah terpilih utk ke Kem Lata Perangin, Kuala Kangsar. Kursus yg dijalani selama 3 hari 2 malam itu sama seperti Kem Poly Briged yg telah aku sertai semasa di PUO dulu. Latihannya juga tidak jauh bezanya. Program yg mengandungi latihan fizikal, moral & kerohanian, LDK & PDK juga displin & patriotik ini banyak menerapkan integrasi antara kaum, kelestarian dan pembelajaran melalui pengalaman.


# PIMPIN Siswa Siri 4 2010 Kem Lata Perangin, Kuala Kangsar, Perak.



Keadaan kem yg merupakan kawasan hutan simpan membuatkan semua peserta agak teruja utk ke kem ini. Walaupun isu tandas yg menjadi bualan hangat setiap peserta, namun itulah yg membezakan kami dr kem2 lain utk menjadi kem 'terbaik'.

#Guess what? ;)



Pada aku, kursus seperti ini amat bagus bagi menjalinkan hubungan yg baik antara kaum & menerapkan sikap kepimpinan juga keyakinan pada setiap peserta.




# Kumpulan 1


Di sini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd Kem Komandan, Timb. Kem Komandan, semua urusetia, barisan fasilitator juga yg terlibat bagi menjayakan PIMPIN Siswa Siri 4 Kem Lata Perangin. Terima kasih juga utk Kumpulan 1 (Mie, Duwe, Intan, Efa, Jenny, Keong, Ling) yg banyak memberi kerjasama.




#Balik time!


Harapannya, agar aku dipermudahkan olehNya dlm segala urusan & peperiksaanku. Paling penting, aku dapat gapai segala cita-citaku di bumi USM ini. InsyaAllah...


* Kredit kpd Charlie, Thaqib, Intan & Efa utk gambar2 ni.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Allah Menduga Kita

Buku "Bila Allah Menduga Kita" dibeli atas cadangan MkNi ku dr seorang sahabatnya di tempat kerja. Apabila dicadangkan kpdku tajuk bukunya, aku tahu ia satu buku yg mampu membangunkan jiwa yg gersang dgn pelbagai persoalan hidup yg penuh dgn cabaran. Apatah lg ia dr tulisan Syed Alwi Alatas dan penerbitnya dr Must Read Sdn. Bhd.

Penulis membawa kita mengenang peristiwa-peristiwa kehidupan sebenar yg dilalui oleh manusia-manusia yg kita 'kenal'. Sebagai contoh, peristiwa tsunami yg melanda Bandar Acheh pd 26 Disember 2004. Bagaimana mereka diragut oleh peristiwa yg penuh tragik itu. Betapa Allah SWT menguji mereka dgn musibah yg begitu besar. Kita lihat pula kpd peristiwa Qarun, seorang hartawan di zaman Firaun. Apakah dia mendapat kebaikan dr nikmat dan kesenangan yg dirasakan? Allah SWT telah benamkan Qarun dan hartanya ke dalam bumi. Ternyatalah, kesenangan yg dikecapi dalam kehidupan ini juga sebenarnya ujian dr Yang Maha Esa.



Aku pernah mengalami ujian yg bagiku cukup besar. Keputusan salah satu subjek pd semester akhirku jatuh. Aku pd awalnya amat terkejut dgn keputusan itu berasa amat kecewa. Aku rasakan seolah-olah tiada lagi peluang utk aku mencapai keputusan cemerlang pd peperiksaan akhir. Aku menangis sepuas-puasnya. Dunia ini bagiku sudah gelap. Namun aku gagahkan hati ini utk terus berjuang sehingga ke peperiksaan akhir. Berkat dr doa keluargaku, pertolongan dr sahabat-sahabatku juga kata-kata semangat mereka, akhirnya aku berjaya juga mendapatkan kembali keputusan yg cemerlang itu (walaupun agak menurun sedikit pencapaiannya akibat markah rendah dr subjek td). Benar kata seorang sahabatku, keputusan yg telah dibuat biarkan ia berlalu. Ia telah berlaku. Tetapi kuatkanlah diri utk perbaiki keputusan-keputusan subjek lain yg belum dibuat keputusannya lagi. Ya, aku tidak mengheret sama subjek-subjek lain utk turut jatuh keputusannya. Aku ambil pengajaran dr pengalaman perit itu. Akhirnya aku berjaya juga!
Alhamdulillah...

Itulah moralnya, Jangan berputus asa. Walau apapun yg terjadi kpd kita, tidak kira senang atau susahnya kehidupan yg kita lalui kita rasakan, yakin dan percayalah kpd Allah SWT dgn jawapanNya di kemudian hari. Dia yg Maha Mengetahui. Sentiasalah bersikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakkal kpdNya. Dan yg paling penting, jangan bersangka buruk kpd Allah SWT. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Dia mahukan kita berfikir atas apa yg berlaku. Islam memberikan jalan dan sikap positif yg indah, terpulanglah kpd kita sendiri utk memahami dan mempraktikkannya supaya kita berjaya di dunia dan akhirat.

Yesterday is history
Tomorrow is mystery
and Today is a gift



* Kegagalan bukanlah suatu PERHENTIAN, namun kejayaan bukanlah suatu DESTINASI.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ujian Allah SWT buat diri ini ...

Ibuspan (ibuprofen) dan Sibelium antara ubat yg aku telan saban hari. Aku sendiri tak pasti dgn penyakit yg aku hidapi sekarang. Aku sering sakit kepala dua thn kebelakangan ni dan sakit kepala aku akn berlarutan sehingga aku demam panas yg teruk disertakan dgn muntah-muntah dan kadangkala hampir pitam.

Aku sekarang langsung tak boleh berpanas (dgn lama) dan berhujan. Pasti sakit kepala aku akan datang menyerang. Tak pasti adakah ia simptom-simptom kpd migrain atau sebaliknya…? Sejarah keluargaku, adik sepupu Allahyarham Hailil Hamirul, telah menghidapi kanser otak. Arwah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pd 2006 di usia 17 tahun.

Pd appointment pertama di Hospital Seri Manjung dgn doktor pakar, hanya keterangan diambil dr medical treatment sebelum ni. Doktor tu bg ubat utk aku mkn selama tiga bulan dan akan disusuli dgn appointment pd 03/06/2010.


Kad appointmentku di HSM


Merujuk maklumat-maklumat yg aku dpt dr internet, Sibelium digunakan untuk mencegah migrain. Ubat ni membantu utk mengurangkan frekuensi serangan dari peringkat parah ke peringkat yg lebih rendah. Ibuprofen pula, digunakan utk mengurangkan sakit dan demam yg disebabkan oleh penyakit yg berkaitan.

Migrain kah aku? Dan menurut pakar, migrain terbahagi kpd empat :-


i. Migrain tanpa aura

- Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
- Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
- Berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
- Denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh
pengsan

ii. Migrain dengan tanda aura

- Jarang berlaku
- Pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar kemudiannya hilang
- Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

iii. Opthalmoplegic migrain

- Terlalu jarang berlaku
- Sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
- Mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
- Pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

iv. Status migrain

- Berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
- Boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
- Migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang


Walau apapon keputusannya nanti, semoga ia bukanlah satu penyakit yg kronik. Juga, semoga aku kuat mengharungi ujian Allah SWT ini.

Mohon doa kalian semoga kesihatan aku pulih dgn cepat. Ameen..!



* Al-Fatihah buat arwah Hailil Hamirul (a.k.a Bujuk)….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sampai Bila???



Aku xbleh tahan lg dh!Naik gila aku fikirkan pasal kau! Sebulan aku tunggu kau..SEBULAN kau tau! Ni xtau lg sampai bila lg aku mesti tunggu kau. Aku dh naik give up dgn kau.






Tapi setiap kali aku teringatkan...
AYAT-AYAT CINTA kau...
MADAH-MADAH PUITIS kau...
Aku xde pilihan lain. Aku BERSABAR lg. Tapi sampai bila???











CUTTTT...!!!





Eh,knape tegang sgt ni? Serius je baca entri ni.Rileks la...Tu dialog aku a.k.a monolog dlmn Hasnila.hahah..:D

Monolog...monolog gak. Korg mesti lg bengang bila aku xbg penjelasan atas pe yg berlaku kn? Ok..tarik nafas dlm2...

lepas tu...hembus....
Fuuuuhhhh...ha...mcm tu la! ;)






Mcm ni...aku dh lama sgt mengidam nk baca buku "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck". Dekat sbln aku cari hasil karya Hamka ni. Puas aku round2 bookstore kt KL ni. Xjumpe gak...Lastly aku decide nk beli buku ni on9 je kt kedai-buku.com. Nak tau pe kata admin tu?

"Kami ingin maklumkan status terbaru buku dari pesanan ini. Buku yang saudari pesan ini telah kehabisan stok dan sekarang ini ianya dalam proses cetakan semula di penerbit."









Bertambah la aku rasa derita bila baca mail dr admin tersebut. Mula2 aku punya la semangat bila nampak status buku tu dlm website dia -Stok : ADA-. Dan aku terus call MakNi aku. Minta tolong dia pesankan. Sbb dia expert bab2 beli on9 ni. Rupa2nya dh kehabisan stok.Hmm...





Nk kata pe lg? Blom de rezeki lg aku utk baca buku ni agaknya.... :'(



*Buku ni diterbitkan pd 1987 dan telah dicetak semula beberapa kali atas permintaan pembaca. Mak aii..sama baya aku kot... (",)
*MakNi aku penggiat jual-beli internet yg aktif...kalo korg peminat English style, why not singgah di sini : - http://letgo-neesa.blogspot.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku adalah kawan yg terbaik


Di dlm buku "Jangan Bersedih" Jilid 1 karya Dr. `Aidh bin Abdullah Al-Qarni ada terselit tajuk - 'Sebaik-baik Kawan Bersembang ialah Buku'. Aku tertarik dgn tajuk itu. Bahkan tajuk tu antara tajuk yg pertama aku baca. Buku bkn saja memberikan kita bnyk input berguna melalui tulisan-tulisan pengarangnya bahkan mampu memberi kita cahaya pd sudut yg gelap dan boleh menghalau kesedihan.

Benarlah nasihat al-Jahiz, "Buku adalah kwn duduk yg tidak memujimu dgn berlebihan, sahabat yg tidak akan menipumu dan kwn yg tidak membuatmu bosan".

Berikut adalah faedah-faedah membaca dan menelaah : -

1. Dpt menghalau perasaan was-was, cemas dan sedih.

2. Dpt menghindarkan ssorg supaya xtenggelam dlm hal2 yg batil.

3. Dpt menjauhkan kemungkinan ssorg utk berhubungan dgn org2 yg mengganggur dan xmempunyai kegiatan.

4. Dpt membiasakan lidah utk bercakap dgn baik, menjauhkan kesalahan ucapan dan menghiasinya dgn sastera dan kefasihan.

5. Dpt mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati.

6. Dpt meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman.

7. Dpt mengambil pelajaran dr pengalaman org lain, kebijaksanaan dr kalangan manusia yg bijaksana dan pemahaman para ulama.

8. Mematangkan kemampuan ssorg utk mencari dan memproses pengetahuan yg berbeza dan penerapannya dlm kehidupan nyata.

9. Menambah keimanan khususnya ketika membaca buku2 karangan muslimin. Ini krn buku merupakan pemberi nasihat yg plg mulia, pendorong jiwa yg plg besar dan penyuruh kpd kebaikan yg plg bijaksana.

10. Dpt membantu fikiran supaya lbh tenang, mmbuat hati supaya terarah dan memanfaatkan waktu supaya xterbuang sia2.

11. Dpt mmbantu memahami proses pemilihan 'kata' secara terperinci, pembetukan 'kalimat', utk menangkap konsep dan utk memahami apa yg berada di sebalik tulisan.


"Buku adalh sesuatu yg mmberi dorongan utk mencuba, menggunakan akal, mmbentuk keperibadian, menjaga kehormatan, meluruskan agama dan mengembangkan harta mereka".



* Sebarkanlah ilmumu walau dgn satu ayat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyumlah :)


Hidup ini xspt apa yg kta jangkakan. Kadang2 benda yg kta suka, xmenjadi milik kta. Tapi benda yg kta benci itu yg jadi milik kta. Janganlah bersedih... yakin dan percayalah, Allah SWT itu Maha Mengetahui. Redha dgn segala jawapanNya. Sesungguhnya perancanganNya lebih baik dari perancangan kta yg cuma hambaNya yg kerdil. Sentiasa berdoa dan bertawakkal kpdNya. InsyaAllah...semoga dipermudahkan olehNya segala urusan kta.

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu" (Surah Al-Baqarah : 216)


* SENYUMlah pd matahari dan bulan. Semoga hari yang ditempuhmu sentiasa BAHAGIA. (",)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sampai Menutup Mata ...

Thn ni aku akan mencecah umur yg ke-23 pd 1/11. Bnyk aku letakkn target pd "umur" ni. Kadang2 aku rasa mcm pentingkn diri sbb terlalu mengejar target2ku. Tapi pandangan org sekeliling terutama ibu & ayah masih lg aku ambil kira. Cuma satu permintaan kedua org tua yg sgt aku sygi ni utk ditambah supaya mnjd salah satu target 23thn ku, buat aku lemah..

Adik2 dh bising, buat aku lg runsing. Mkcik & pkcik dah kecoh, aku takut keputusan yg bakal aku buat nnt terlalu gopoh.huhuh... Ya Allah, tenangkanlah hambaMu ini. Berikanlah aku petunjukMu..

Mencari pasangan hidup bkn satu perkara yg mudah & ia memerlukan "perhatian" khusus. Bg aku, prinsip yg sedia ada perlu dipertahankan & aku tak akn berganjak dr tu. Adikku, Diana pernah keluarkn statement -kakak seorg yg kebal kpd cinta-. Mungkin disbbkn "ketidak pernahan" aku bercinta. hahah... :D

Kenapa? Sbb aku tak suka bermain dgn perasaan sendiri. Sbb aku takut disakiti & menyakiti. Biarlah aku berjumpa dgn yg pertama, tak ada yg kedua mahupun yg ketiga. Pada aku, biarlah ia datang sekali dan sampai aku menutup mata...

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta


* Semoga aku bertemu dgn 'Fahriku' suatu hari nnt. Ameen...!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Permulaan Baru

Dh hampir dua thn rupanya aku xmenulis dlm blog ni. nk kata jenguk, singgah pon x. Thn 2009 aku sibuk menghabiskan pengajian diplomaku. Planner aku sll je penuh dgn rancangan program2 kampus dan kamsis. Sesi Julai 2009 di PUO bnyk menyaksikan kisah suka duka kehidupanku sbg Biro JTMK, JPP, PUO dan Setiausaha JPK, PUO. Namun tanggungjawab sbg pelajar x pernah aku abaikan. Banyak masa terluang aku habiskn dgn menulis dlm diari yg sentiasa menemani sblm tidurku.
Sblm ni, aku menulis dlm Bahasa Inggeris. Tapi kali ni, aku lebih senang dgn konsep dwi-bahasa (atau kadang2 rojak...heheh)

Aku, dgn Hasnila yg lebih tahu kehendaknya,
Aku, dgn Hasnila yg lebih berani menyuarakan isi hatinya,
Aku, dgn Hasnila yg lebih terang matlamatnya dan,
Aku, dgn Hasnila yg lebih BARU.



* Sentiasa menulis di sini. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails