RSS

Universiti Sains Malaysia

Salam Lebaran semua...

Maaf, sudah lama sunyi blog ini. Kesibukan yg agak menyesakkan fikiran akhir2 ini juga, perasaan yg cuba utk bertahan di tempat yg baru membuatkan aku agak malas untuk menulis walaupun banyak bahan yg ingin dikongsikan bersama.

Sebenarnya, permohonanku utk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) dlm Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer telah berjaya. Alhamdulillah...berkat doa & dorongan ibu, ayah dan adik2 juga sahabat2 telah membawa aku ke sini juga akhirnya.


USM, dengan mottonya 'Kami Memimpin' juga visinya 'Transformasi Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok' membuatkan aku excited utk melangkah ke 'menara' ini. Mengharungi detik2 sbg seorang pelajar dgn menyulami suka duka di sini pastinya akan memberi kenangan yg indah suatu hari nanti.

Adikku, Asrul juga di sini. Bezanya, aku di Kampus Induk & dia di Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal). So, dgn secara rasminya dia jd tempat rujukanku & driverku yg baik hati ;) Thanks a lot to him!

Pada minggu kedua (30/07 ~ 01/08/2010), aku & semua pejalar baru telah menjalani satu kursus PIMPIN Siswa Siri 4. Aku telah terpilih utk ke Kem Lata Perangin, Kuala Kangsar. Kursus yg dijalani selama 3 hari 2 malam itu sama seperti Kem Poly Briged yg telah aku sertai semasa di PUO dulu. Latihannya juga tidak jauh bezanya. Program yg mengandungi latihan fizikal, moral & kerohanian, LDK & PDK juga displin & patriotik ini banyak menerapkan integrasi antara kaum, kelestarian dan pembelajaran melalui pengalaman.


# PIMPIN Siswa Siri 4 2010 Kem Lata Perangin, Kuala Kangsar, Perak.



Keadaan kem yg merupakan kawasan hutan simpan membuatkan semua peserta agak teruja utk ke kem ini. Walaupun isu tandas yg menjadi bualan hangat setiap peserta, namun itulah yg membezakan kami dr kem2 lain utk menjadi kem 'terbaik'.

#Guess what? ;)



Pada aku, kursus seperti ini amat bagus bagi menjalinkan hubungan yg baik antara kaum & menerapkan sikap kepimpinan juga keyakinan pada setiap peserta.




# Kumpulan 1


Di sini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd Kem Komandan, Timb. Kem Komandan, semua urusetia, barisan fasilitator juga yg terlibat bagi menjayakan PIMPIN Siswa Siri 4 Kem Lata Perangin. Terima kasih juga utk Kumpulan 1 (Mie, Duwe, Intan, Efa, Jenny, Keong, Ling) yg banyak memberi kerjasama.




#Balik time!


Harapannya, agar aku dipermudahkan olehNya dlm segala urusan & peperiksaanku. Paling penting, aku dapat gapai segala cita-citaku di bumi USM ini. InsyaAllah...


* Kredit kpd Charlie, Thaqib, Intan & Efa utk gambar2 ni.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails