RSS

Hari Raya Aidilfitri 2010


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Rasanya belum terlambat utk mengucapkannya. Bak kata org, "raya kan sebulan..!" - Mentang-mentang puasa sebulan, raya pon nk sebulan. Sabar je la... :D

Setiap individu & pd setiap tempat pasti sambutannya berbeza. Paling penting ia disambut dgn hati yg gembira. Tahun ini, kami sekeluarga menyambutnya dgn sederhana. Walaupun x balik ke kampung di Segamat, Johor (sbb Hadiana & Ina bakal menduduki SPM & UPSR) tapi kami bersyukur kerana masih berpeluang menyambutnya dgn gembira di rumah (Seri Manjung, Perak).

Menyentuh ttg persiapan raya tahun ni, sgt menyeronokkan. Sehari sebelum raya, semua kerja telah dibereskan. Ibuku yg mulakan kerjanya dulu. Seminggu sebelum puasa, dia dh mula menjahit baju2 raya kami sekeluarga ('baju2 raya' - kalau seorg ada 5 pasang, kami semuanya ada 6 org ; baju Melayu ayah & Asrul ada sepasang je. Kira la sendiri ye. X menang tangan ibu aku menjahitnya). Aku pula, sebelum ni kontrak pd tiap2 tahun utk cuci semua tingkap (termasuk sliding door) membahagikan tugasku kpd adkku, Asrul (alasannya, takut sakit kepalaku menyerang. Nanti sape yg susah? Ibu juga...sbb org kuatnya dh 'tumbang'.heheh...). Langsir raya pula siap digantung pd 28 Ramadhan.

Oh,yg paling penting, semua biskut & kerepek raya tahun ni ada 'sentuhan Hasnila'. Selalunya aku sibuk kemas rumah. Kali ni tiba2 je nk menyibuk buat biskut raya. X mau aku bila disuruh mak mertua buat biskut raya & jawapannya adalah - "Tak tau..". Semestinya aku akn mengelakkan dr memberikan jawapan spt tu. Kalau x tau buat sepenuhnya, at least aku dh ada basicnya. Thanks to my ibu atas tunjuk ajarnya! (Aku rasa mcm statement aku ni desprate sgt. - Mak mertua? :D)


#Ibu & Ayah


Spt biasa, aku akn kemas rumah - kilatkan semua perabot, hilangkan semua habuk yg ada pd setiap hiasan & tukar cadar pd setiap bilik. Biar semuanya nampak mood raya. Thanks juga kpd adk2ku, Hadiana & Ina kerana menjadi runnerku yg sgt rajin. Ayah & Asrul, kemas bahagian luar rumah, juga penyeri rumah sbg pengacau ibuku yg kadang kala melatah. ;)

Bercerita pula ttg hidangan pagi raya...Kali ini, ada masak lodeh, sambal sotong, ayam masak lemak cili api, nasi himpit, serunding daging & rendang kokos (betul ke ejaannya ye? Bantai la...kata ibu, resipinya diambil dr Cik Ju Nizam - rendang org Sabah). Simple kn? Semuanya dibuat secara gotong-royong di pagi raya bermula jam 5 pagi.


Pagi raya, selepas solat sunat Aidilfitri, kami makan bersama. Boleh bayangkan x, kami ada 6 org tapi meriahnya mcm ada 60 org? Sebenarnya nk menggambarkan yg kami ni seronok menyambut hari raya walaupun x bersama keluarga besar. Tradisi 'mengunjung' ke rumah jiran yg dekat juga x dilupakan. Kali ni mengunjung ke 2 buah rumah je. Yg lain? Balik kampung la...huhuh..


# Ina, a.Asrul, k.Has, k.Diana


Raya ni, aku sempat ke rumah Cik Jamil, Cik Eaim, Cik Eal & Uncle Jasan. Semua undangan ke open house yg lain2nya x sempat aku kunjungi sbb dh balik ke Penang. Jadinya, seminggu di Penang asyik teringat nk beraya je..

Ape pun, semoga raya kali ini disambut dgn penuh kesyukuran.

Maaf zahir & batin. :)


* 'Mengunjung' bermaksud bertukar2 makanan. Aku x sure ni bahasa dr negeri mana. Mungkin dr Johor sbb asal usul keluarga kami dr Johor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Are-chik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails