RSS

Bila Allah Menduga Kita

Buku "Bila Allah Menduga Kita" dibeli atas cadangan MkNi ku dr seorang sahabatnya di tempat kerja. Apabila dicadangkan kpdku tajuk bukunya, aku tahu ia satu buku yg mampu membangunkan jiwa yg gersang dgn pelbagai persoalan hidup yg penuh dgn cabaran. Apatah lg ia dr tulisan Syed Alwi Alatas dan penerbitnya dr Must Read Sdn. Bhd.

Penulis membawa kita mengenang peristiwa-peristiwa kehidupan sebenar yg dilalui oleh manusia-manusia yg kita 'kenal'. Sebagai contoh, peristiwa tsunami yg melanda Bandar Acheh pd 26 Disember 2004. Bagaimana mereka diragut oleh peristiwa yg penuh tragik itu. Betapa Allah SWT menguji mereka dgn musibah yg begitu besar. Kita lihat pula kpd peristiwa Qarun, seorang hartawan di zaman Firaun. Apakah dia mendapat kebaikan dr nikmat dan kesenangan yg dirasakan? Allah SWT telah benamkan Qarun dan hartanya ke dalam bumi. Ternyatalah, kesenangan yg dikecapi dalam kehidupan ini juga sebenarnya ujian dr Yang Maha Esa.



Aku pernah mengalami ujian yg bagiku cukup besar. Keputusan salah satu subjek pd semester akhirku jatuh. Aku pd awalnya amat terkejut dgn keputusan itu berasa amat kecewa. Aku rasakan seolah-olah tiada lagi peluang utk aku mencapai keputusan cemerlang pd peperiksaan akhir. Aku menangis sepuas-puasnya. Dunia ini bagiku sudah gelap. Namun aku gagahkan hati ini utk terus berjuang sehingga ke peperiksaan akhir. Berkat dr doa keluargaku, pertolongan dr sahabat-sahabatku juga kata-kata semangat mereka, akhirnya aku berjaya juga mendapatkan kembali keputusan yg cemerlang itu (walaupun agak menurun sedikit pencapaiannya akibat markah rendah dr subjek td). Benar kata seorang sahabatku, keputusan yg telah dibuat biarkan ia berlalu. Ia telah berlaku. Tetapi kuatkanlah diri utk perbaiki keputusan-keputusan subjek lain yg belum dibuat keputusannya lagi. Ya, aku tidak mengheret sama subjek-subjek lain utk turut jatuh keputusannya. Aku ambil pengajaran dr pengalaman perit itu. Akhirnya aku berjaya juga!
Alhamdulillah...

Itulah moralnya, Jangan berputus asa. Walau apapun yg terjadi kpd kita, tidak kira senang atau susahnya kehidupan yg kita lalui kita rasakan, yakin dan percayalah kpd Allah SWT dgn jawapanNya di kemudian hari. Dia yg Maha Mengetahui. Sentiasalah bersikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakkal kpdNya. Dan yg paling penting, jangan bersangka buruk kpd Allah SWT. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Dia mahukan kita berfikir atas apa yg berlaku. Islam memberikan jalan dan sikap positif yg indah, terpulanglah kpd kita sendiri utk memahami dan mempraktikkannya supaya kita berjaya di dunia dan akhirat.

Yesterday is history
Tomorrow is mystery
and Today is a gift



* Kegagalan bukanlah suatu PERHENTIAN, namun kejayaan bukanlah suatu DESTINASI.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Are-chik berkata...

thank ude...semangat y hilang kini membara kembali selepas baca entri ude...take care..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails