RSS

Ujian Allah SWT buat diri ini ...

Ibuspan (ibuprofen) dan Sibelium antara ubat yg aku telan saban hari. Aku sendiri tak pasti dgn penyakit yg aku hidapi sekarang. Aku sering sakit kepala dua thn kebelakangan ni dan sakit kepala aku akn berlarutan sehingga aku demam panas yg teruk disertakan dgn muntah-muntah dan kadangkala hampir pitam.

Aku sekarang langsung tak boleh berpanas (dgn lama) dan berhujan. Pasti sakit kepala aku akan datang menyerang. Tak pasti adakah ia simptom-simptom kpd migrain atau sebaliknya…? Sejarah keluargaku, adik sepupu Allahyarham Hailil Hamirul, telah menghidapi kanser otak. Arwah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pd 2006 di usia 17 tahun.

Pd appointment pertama di Hospital Seri Manjung dgn doktor pakar, hanya keterangan diambil dr medical treatment sebelum ni. Doktor tu bg ubat utk aku mkn selama tiga bulan dan akan disusuli dgn appointment pd 03/06/2010.


Kad appointmentku di HSM


Merujuk maklumat-maklumat yg aku dpt dr internet, Sibelium digunakan untuk mencegah migrain. Ubat ni membantu utk mengurangkan frekuensi serangan dari peringkat parah ke peringkat yg lebih rendah. Ibuprofen pula, digunakan utk mengurangkan sakit dan demam yg disebabkan oleh penyakit yg berkaitan.

Migrain kah aku? Dan menurut pakar, migrain terbahagi kpd empat :-


i. Migrain tanpa aura

- Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
- Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
- Berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
- Denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh
pengsan

ii. Migrain dengan tanda aura

- Jarang berlaku
- Pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar kemudiannya hilang
- Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

iii. Opthalmoplegic migrain

- Terlalu jarang berlaku
- Sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
- Mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
- Pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

iv. Status migrain

- Berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
- Boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
- Migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang


Walau apapon keputusannya nanti, semoga ia bukanlah satu penyakit yg kronik. Juga, semoga aku kuat mengharungi ujian Allah SWT ini.

Mohon doa kalian semoga kesihatan aku pulih dgn cepat. Ameen..!



* Al-Fatihah buat arwah Hailil Hamirul (a.k.a Bujuk)….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tabahkan ati n bnyk2 berdoa k..Allah slalu ader ngan kite..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails