RSS

Sampai Bila???



Aku xbleh tahan lg dh!Naik gila aku fikirkan pasal kau! Sebulan aku tunggu kau..SEBULAN kau tau! Ni xtau lg sampai bila lg aku mesti tunggu kau. Aku dh naik give up dgn kau.






Tapi setiap kali aku teringatkan...
AYAT-AYAT CINTA kau...
MADAH-MADAH PUITIS kau...
Aku xde pilihan lain. Aku BERSABAR lg. Tapi sampai bila???











CUTTTT...!!!





Eh,knape tegang sgt ni? Serius je baca entri ni.Rileks la...Tu dialog aku a.k.a monolog dlmn Hasnila.hahah..:D

Monolog...monolog gak. Korg mesti lg bengang bila aku xbg penjelasan atas pe yg berlaku kn? Ok..tarik nafas dlm2...

lepas tu...hembus....
Fuuuuhhhh...ha...mcm tu la! ;)






Mcm ni...aku dh lama sgt mengidam nk baca buku "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck". Dekat sbln aku cari hasil karya Hamka ni. Puas aku round2 bookstore kt KL ni. Xjumpe gak...Lastly aku decide nk beli buku ni on9 je kt kedai-buku.com. Nak tau pe kata admin tu?

"Kami ingin maklumkan status terbaru buku dari pesanan ini. Buku yang saudari pesan ini telah kehabisan stok dan sekarang ini ianya dalam proses cetakan semula di penerbit."









Bertambah la aku rasa derita bila baca mail dr admin tersebut. Mula2 aku punya la semangat bila nampak status buku tu dlm website dia -Stok : ADA-. Dan aku terus call MakNi aku. Minta tolong dia pesankan. Sbb dia expert bab2 beli on9 ni. Rupa2nya dh kehabisan stok.Hmm...





Nk kata pe lg? Blom de rezeki lg aku utk baca buku ni agaknya.... :'(



*Buku ni diterbitkan pd 1987 dan telah dicetak semula beberapa kali atas permintaan pembaca. Mak aii..sama baya aku kot... (",)
*MakNi aku penggiat jual-beli internet yg aktif...kalo korg peminat English style, why not singgah di sini : - http://letgo-neesa.blogspot.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku adalah kawan yg terbaik


Di dlm buku "Jangan Bersedih" Jilid 1 karya Dr. `Aidh bin Abdullah Al-Qarni ada terselit tajuk - 'Sebaik-baik Kawan Bersembang ialah Buku'. Aku tertarik dgn tajuk itu. Bahkan tajuk tu antara tajuk yg pertama aku baca. Buku bkn saja memberikan kita bnyk input berguna melalui tulisan-tulisan pengarangnya bahkan mampu memberi kita cahaya pd sudut yg gelap dan boleh menghalau kesedihan.

Benarlah nasihat al-Jahiz, "Buku adalah kwn duduk yg tidak memujimu dgn berlebihan, sahabat yg tidak akan menipumu dan kwn yg tidak membuatmu bosan".

Berikut adalah faedah-faedah membaca dan menelaah : -

1. Dpt menghalau perasaan was-was, cemas dan sedih.

2. Dpt menghindarkan ssorg supaya xtenggelam dlm hal2 yg batil.

3. Dpt menjauhkan kemungkinan ssorg utk berhubungan dgn org2 yg mengganggur dan xmempunyai kegiatan.

4. Dpt membiasakan lidah utk bercakap dgn baik, menjauhkan kesalahan ucapan dan menghiasinya dgn sastera dan kefasihan.

5. Dpt mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati.

6. Dpt meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman.

7. Dpt mengambil pelajaran dr pengalaman org lain, kebijaksanaan dr kalangan manusia yg bijaksana dan pemahaman para ulama.

8. Mematangkan kemampuan ssorg utk mencari dan memproses pengetahuan yg berbeza dan penerapannya dlm kehidupan nyata.

9. Menambah keimanan khususnya ketika membaca buku2 karangan muslimin. Ini krn buku merupakan pemberi nasihat yg plg mulia, pendorong jiwa yg plg besar dan penyuruh kpd kebaikan yg plg bijaksana.

10. Dpt membantu fikiran supaya lbh tenang, mmbuat hati supaya terarah dan memanfaatkan waktu supaya xterbuang sia2.

11. Dpt mmbantu memahami proses pemilihan 'kata' secara terperinci, pembetukan 'kalimat', utk menangkap konsep dan utk memahami apa yg berada di sebalik tulisan.


"Buku adalh sesuatu yg mmberi dorongan utk mencuba, menggunakan akal, mmbentuk keperibadian, menjaga kehormatan, meluruskan agama dan mengembangkan harta mereka".



* Sebarkanlah ilmumu walau dgn satu ayat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyumlah :)


Hidup ini xspt apa yg kta jangkakan. Kadang2 benda yg kta suka, xmenjadi milik kta. Tapi benda yg kta benci itu yg jadi milik kta. Janganlah bersedih... yakin dan percayalah, Allah SWT itu Maha Mengetahui. Redha dgn segala jawapanNya. Sesungguhnya perancanganNya lebih baik dari perancangan kta yg cuma hambaNya yg kerdil. Sentiasa berdoa dan bertawakkal kpdNya. InsyaAllah...semoga dipermudahkan olehNya segala urusan kta.

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu" (Surah Al-Baqarah : 216)


* SENYUMlah pd matahari dan bulan. Semoga hari yang ditempuhmu sentiasa BAHAGIA. (",)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sampai Menutup Mata ...

Thn ni aku akan mencecah umur yg ke-23 pd 1/11. Bnyk aku letakkn target pd "umur" ni. Kadang2 aku rasa mcm pentingkn diri sbb terlalu mengejar target2ku. Tapi pandangan org sekeliling terutama ibu & ayah masih lg aku ambil kira. Cuma satu permintaan kedua org tua yg sgt aku sygi ni utk ditambah supaya mnjd salah satu target 23thn ku, buat aku lemah..

Adik2 dh bising, buat aku lg runsing. Mkcik & pkcik dah kecoh, aku takut keputusan yg bakal aku buat nnt terlalu gopoh.huhuh... Ya Allah, tenangkanlah hambaMu ini. Berikanlah aku petunjukMu..

Mencari pasangan hidup bkn satu perkara yg mudah & ia memerlukan "perhatian" khusus. Bg aku, prinsip yg sedia ada perlu dipertahankan & aku tak akn berganjak dr tu. Adikku, Diana pernah keluarkn statement -kakak seorg yg kebal kpd cinta-. Mungkin disbbkn "ketidak pernahan" aku bercinta. hahah... :D

Kenapa? Sbb aku tak suka bermain dgn perasaan sendiri. Sbb aku takut disakiti & menyakiti. Biarlah aku berjumpa dgn yg pertama, tak ada yg kedua mahupun yg ketiga. Pada aku, biarlah ia datang sekali dan sampai aku menutup mata...

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta


* Semoga aku bertemu dgn 'Fahriku' suatu hari nnt. Ameen...!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Permulaan Baru

Dh hampir dua thn rupanya aku xmenulis dlm blog ni. nk kata jenguk, singgah pon x. Thn 2009 aku sibuk menghabiskan pengajian diplomaku. Planner aku sll je penuh dgn rancangan program2 kampus dan kamsis. Sesi Julai 2009 di PUO bnyk menyaksikan kisah suka duka kehidupanku sbg Biro JTMK, JPP, PUO dan Setiausaha JPK, PUO. Namun tanggungjawab sbg pelajar x pernah aku abaikan. Banyak masa terluang aku habiskn dgn menulis dlm diari yg sentiasa menemani sblm tidurku.
Sblm ni, aku menulis dlm Bahasa Inggeris. Tapi kali ni, aku lebih senang dgn konsep dwi-bahasa (atau kadang2 rojak...heheh)

Aku, dgn Hasnila yg lebih tahu kehendaknya,
Aku, dgn Hasnila yg lebih berani menyuarakan isi hatinya,
Aku, dgn Hasnila yg lebih terang matlamatnya dan,
Aku, dgn Hasnila yg lebih BARU.



* Sentiasa menulis di sini. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails